Wujudnya blog ini sebagai sinar baru dalam kehidupan yang selama ini mencari CINTA . Bukan cinta biasa, tapi CINTA LUAR BIASA. CINTA yang mendorong seorang insan untuk menjadi seorang MUSLIM yang LUAR BIASA. Memang benar , cinta itu ada dimana-mana. Tapi itu bukan CINTA LUAR BIASA malah ianya adalah cinta biasa. Bukan mudah untuk mencari CINTA LUAR BIASA. Hati yang sebelum ini sentiasa dahagakan cinta dan mencari-cari erti cinta sebenar, seringkali diuji dengan pelbagai halangan dan dugaan. Dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus , Alhamdulillah sinar CINTA itu mula kelihatan :) .
Dalam pencarian ini, saya mengharapkan panduan dan bimbingan dari teman-teman dan yang paling penting sekali adalah petunjuk dariNya dan moga-moga segala pencarian ini dapat dikongsi dan memberikan sinar harapan kepada insan lain
Tetang DIRIPada suatu ketika dahulu iaitu, 14 Jun 1987 , lahirlah seorang bayi lelaki selepas asar dan sekali gus menambahkan lagi seorang umat Nabi Muhammad saw di muka bumi ini.
Lahirnya seorang insan kecil lagi comel tatkala itu :D kemudiannya diberi nama
Nurhafeezan. Asalnya dari gabungan bahasa arab (
النور)yang memberi maksud cahaya dan kata dasar (
حفظ) yang bererti - menjaga, memelihara dan melindungi. Semoga nama yang diberi mencerminkan peribadi orangnya.
Kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dalam semester akhir. InsyaALLAH akan graduasi pada bulan Oktober ini.
Mendapat pendidikan pertama secara tidak formal dari seorang Ibu yang tercinta iaitu Hasnah Bt Rawi. Seorang ibu yang begitu mementingkan pendidikan peringkat awal :D . Sejak kecil lagi , pemikiran sudah diterapkan supaya "belajar rajin-rajin agar tak jadi tukang kutip sampah suatu hari nanti" Kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang lagi di ingatan sehingga hari ini.
Kemudian menyambung pendidikan formal di Tadika Kem Majidee Johor Bahru. Namun tak sempat menghabiskan tadika tersebut :)
Dari Johor terbang ke Miri kemudian menyambung pembelajaran di peringkat sekolah rendah di SK Riam Batu 2 Miri dari darjah 1 sehingga darjah 6.
Setelah tamat sekolah rendah dan lulus dalam UPSR, pengajian peringkat menengah diteruskan pula di Kolej Tun Datu' Tuanku Haji Bujang, Miri .. ("Bersama kolejku yang tercinta"... lagu sekolah dulu sehingga kini... :D) sehingga tamat PMR.
Kemudian mengembara ke Kuching dan memasuki sekolah berasrama penuh iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kuching sehingga tamat SPM. Alhamdulillah setelah tamat SPM, terus menerima tawaran memasuki Universiti Teknologi Petronas. Asalnya ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun atas tawaran JPA, namun takdir telah menentukan untuk berada di UTP. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Seorang anak tentera namun tidak meminati bidang ketenteraan :D. Tetapi meminati pelbagai bidang selain ketenteraan antaranya sains, teknologi, perniagaan, motivasi, kesihatan, "Phsycology" , Bahasa Arab, Al-Quran, Usul Fiqh, dan pelbagai lagi . Hobi masa lapang adalah membaca dan mencari sesuatu perkara yang baru.
Kini sedang berusaha dan terus berusaha menjadi seorang muslim yang luar biasa dengan kekuatan CINTA LUAR BIASA . Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. :)
____________________________________________________________________
"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al-Ahqaff:15)