POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

POST-TITLE-HERE

Posted by Author On Month - Day - Year

POST-SUMMARY-HERE

Kembali Dari Menyepi

Posted by Hafeez On 1:11 AM 0 comments


"Kenapa dah lama tak menulis?" sapa seorang sahabat tiba-tiba

Kata-katanya membuatkan saya berfikir sejenak mengenang kembali blog yang telah lama saya tinggalkan menyepi tanpa sebarang tulisan.

"Emm.. saya tak ada mood nak menulis. Bila ada mood nak menulis.. idea pulak takda"

"Kenapa boleh jadi macam tu? "

" Entahlah... mungkin sebab terlalu sibuk kot .. tapi kalau difikirkan .. tak juga sibuk.. "

Saya cuba mengingat kembali tarikh terakhir tulisan lepas. Ternyata sudah 3 bulan blog tidak dikemas kini. Terasa bersalah kepada diri sendiri. Satu ketika dahulu saya pernah berjanji pada diri sendiri untuk terus menulis walau apa pun yang terjadi. Tapi janji itu tidak tertunai juga.

" Menulis ni bukannya mudah. Selain dari idea, kita juga perlukan masa yang sesuai dan teknik yang tepat agar tulisan yang dihasilkan bermutu"

"Betul tu. kalau boleh saya nak menulis sesuatu yang dapat memberikan manfaat kepada orang lain dan bukannya syok sendiri. Jadi, itulah yang payahnya. Ilham tu datang dan pergi. Bila datang, tak kena tempat. Bila kita dah ada pada tempatnya, ilham tak datang-datang"

"Ha.. ha.. ha.. betul kata kamu tu. Ramai yang kata begitu. Proses ini perlukan masa"

"Apa maksudmu? "

" Menulis ini memerlukan bakat. Bakat ini perlu di asah sebabnya tidak semua orang dilahirkan dengan bakat menulis. Nak mengasah bakat ni bukan sekejap dan ia perlukan masa. Yang penting. Kamu harus istiqamah dan bersabar. Itulah kuncinya. InsyaALLAH lama kelamaan, bakat itu akan menyerlah "

" Kamu pernah dengar kata ni " You learn by doing ? "

" Emm.. pernah.. betul kata kamu tu. Selama ini saya mengabaikan perkara ni. Kalaulah dari dahulu saya menulis, sudah pasti sekarang dah hebatkan? "

Kata-katanya tadi membuatkan saya berfikir kembali. Rasa menyesal atas apa yang telah berlaku. Alangkah bagusnya kalau dari dahulu lagi saya memikirkan perkara ini. Menulis merupakan salah satu medium terbaik untuk dakwah kalau dioptimasikan betul-betul. Adalah satu kerugian yang besar sekiranya kita mempunyai banyak perkara yang ingin dikongsi namun tidak dizahirkan dalam bentuk tulisan.

"Sudahlah.. tak baik memikirkan perkara yang sudah lepas. Apa yang penting sekarang ni, kamu harus terus menulis. Saya yakin ramai yang ternanti-nanti tulisan kamu ni "

Dia tersenyum sambil menepuk bahu saya. Saya tahu inilah isyarat semangat yang diberikan oleh seorang sahabat.

"InsyaALLAH akan saya teruskan perjuangan ini !! "
| edit post

Kenangan demi kenangan

Posted by Hafeez On 10:21 PM 0 comments

Setelah sekian lama akhirnya berpeluang untuk update blog ini. Tiba-tiba rasa bersemangat untuk menulis saat ini.

Sudah lama rasanya saya membayangkan diri berada di Miri dan Alhamdulillah diberi kesempatan untuk kembali ke Miri setelah 8 tahun lamanya. Terima kasih kepada sahabat saya, saudara Syukrani kerana sudi meluangkan masa untuk menjemput saya dan adik di stesen bas di Merbau.

KTDTHB


Sebaik sahaja tiba di Miri, saya dibawa makan tengahari di Jalan Bintang. Harga makanan masih standard. Tak mahal dan tak juga murah. Kemudian saya dibawa melawat sekolah lama KTDTHB (Kolej Tun Datu Tuanku Haji Buang) yang bakal menjadi tempat berlansungnya program Kem Remaja Islam Sarawak 2010. Setelah 8 tahun, terlalu banyak perubahan yang telah berlaku di sana, selama ini , saya hanya mendengar cerita dari junior namun hari ini saya melihat sendiri keadaan dan suasana.

Melihat suasana Sekolah lama, mengimbau kembali kenangan-kenangan waktu di tingkatan 1 sehingga 3 di sana dulu. Kelas-kelas lama masih lagi tersergam indah walaupun ada bangunan lama diruntuhkan dan digantikan dengan bangunan-bangunan baru. Kenangan bersama rakan-rakan lama, suasana belajar yang intensif pada ketika itu, suasana yang penuh kompetitif menyebabkan banyak perkara yang saya belajar pada ketika itu. Itulah KOLEJ. Pelajar-pelajar yang memasuki kolej terdiri dari pelajar-pelajar yang penuh bakat dan pintar-pintar. Untuk berada pada kedudukan teratas, anda harus berusaha dengan lebih kuat.

Di sinilah saya belajar erti menjadi pelajar yang lebih aktif. Terlibat dalam olahraga, persatuan , aktiviti-aktiviti kumpulan dan lain-lain. Padang yang digunakan untuk acara lompat jauh dan kijang sewaktu ketika dahulu sudah bertukar wajahnya. Kemeriahan suasana sukan rumah pada suatu ketika dahulu masih segar dalam ingatan. "Rumah panglima seman" itulah nama rumah yang saya wakili dahulu. Menyumbang beberapa pingat untuk rumah sukan pada ketika itu adalah kenangan yang paling manis buat diri. Kenangan demi kenangan muncul satu persatu dalam ingatan... :)

2 hari lagi program Kem Remaja Islam akan berlansung di sana. Tidak sabar rasanya untuk menghabiskan masa di sana. Memori baru akan dibina tidak lama lagi. Memori yang akan dikenang sampai bila-bila InsyaALLAH.

| edit post

Rahsia Melalui Tulisan :D

Posted by Hafeez On 2:40 PM 0 comments
Sesuatu yang menarik untuk dikongsi hari ini.. :D. Tambahan ilmu untuk diri dan pembaca.

Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

tulisan

Pertama: Tekanan

i. Tekanan yang kuat
Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas.
· Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif

ii. Tekanan yang ringan
Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas.
· Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit.

Kedua : Bentuk Tulisan

i. Tulisan yang bulat-bulat
Semua huruf ditulis dengan bulat.
· Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)

ii. Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper
Tulisan yang angular dan sharp
· Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyak memakai otak di sebelah kiri (otak logical)

Ketiga : Kecondongan

i. Condong ke kanan
· Extrovert, suka bercerita, berkongsi maklumat dgn orang lain, peramah, suka campur orang, mudah memimpin, mudah menunjukkan kasih
sayang, berani, pemurah

ii. Condong ke kiri
· Introvert, suka menyimpan rahsia, agak pemalu, tak suka berubah, amat setia kepada kekasih, keluarga, organisasi dan negara tetapi tak suka
campur orang

iii. Tegak
· Systematic, mudah kawal diri, suka berkawan tetapi tak cari kawan sebaliknya kawan cari dia, tak suka gaduh-gaduh, suka ambil jalan
tengah

iv. Campur-campur
· Emosi tak tetap macam remaja yang belum cukup umur atau macam orang perempuan datang bulan (maaf)

Keempat : Kerapatan

i. Jarang-jarang
· Tak suka campur orang, kurang mesra dan sedikit boros.

ii. Rapat-rapat
· Suka campur orang, amat bergantung kepada orang lain, jimat atau kedekut

Kelima : Pada huruf J, G, Y, Z

i. Ada ekor
a) Besar, panjang dan sempurna
· Tahap emosi yang dipamer itu jelas, pengasih & penyayang, pemurah, mudah kesian pada orang, mempamerkan tahap kerajinan

b) Kecil, pendek dan tak sempurna
· Tak pandai mempamerkan emosi, kurang rajin, tak pandai mempamerkan kasih sayang walaupun sayang itu banyak dalam diri

Keenam : Pada palang huruf kecil T (t)

i. Tinggi
· Tahap aspirasi tinggi

ii. Rendah
· Mudah berpuas hati, cita-cita rendah

iii. Tengah-tengah
· Usaha dan tahap pencapaian itu di tahap sederhana

Rumusan :

Tulisan mencerminkan peribadi… Kita boleh menukar tulisan kita untuk mengubah peribadi dan Personaliti kita dengan sengaja supaya kita cemerlang dalam hidup.

Wallahua'lam

| edit post

Kisah Seekor Ulat

Posted by Hafeez On 10:09 PM 0 comments
Gelinya tengok ulat ni.. :D

Sebentar tadi saya sempat membelek helaian tabloid ILUVISLAM yang dibeli oleh housemate. Rasanya sudah seminggu tabloid tu di biliknya baru hari ni hati tergerak untuk membacanya. Bila hati rasa bosan, pasti ada saja bahan-bahan bacaan dicari untuk mengisi kebosanan. Itulah yang selalunya saya lakukan ketika kebosanan. Mungkin agak pelik tapi itulah hobi bila masa lapang.

Berbalik kepada kisah tadi. Gambar hiasan ulat bulu yang sebesar anak kucing (lebih kurang gitulah rasanya) menggigit kayu seorang lelaki arab menarik perhatian saya. Tajuk yang tertera adalah " Kisah Seekor ulat Dengan Nabi Daud" . Jadi, ingin saya nukilkan kisah itu dalam blog ini untuk rujukan peribadi masa akan datang dan juga untuk para pembaca yang tersinggah di blog ini... :)

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, tiba-tiba dia terpandang akan seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud a.s berkata kepada dirinya, " Apa yang dikehendaki Allah dengan Ulat ini? "

Selepas berkata demikian, aka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu berkata kepada Nabi daud a.s.

"Wahai nabi Allah!! Allah SWT mengilhamkan kepadaku untuk membaca Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illahahu akbar setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya ALlah mengilhamkan kepadaku supaya membaca Allahumma solli a'la Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi ummiyyi a a'la alihi wa sohbihi wa sallim setiap malam sebanyak 1000 kali."

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.

" Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah daripadamu?" Akhirnya Nabi Daud a.s menyedari akan kesilapan kerana memandang remeh akan ulat tersebut dan dia sangat takut kepada Allah SWT. Maka Nabi Daud a.s pun bertaubat dan menyerah diri kepada ALLAH SWT"

Begitulah kisah yang ditulis semula tanpa diubah sedikitpun dari tabloid tersebut.

Kisah ini memberi pengajaran kepada kita sebagai umat manusia yang selalu leka dengan keindahan dunia. SubhanALLAH, serangga sekecil ulat merah itu pun bertasbih kepada ALLAH SWT dan berselawat kepada Rasulullah SAW. Inikan kita yang telah dikurniakan akal oleh ALLAH?


Firman Allah dalam surah Al-Isra' 17:33

Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatupun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.

Sekadar peringatan kepada diri, sama-samalah kita menghayati peristiwa di atas dan bandingkan dengan diri kita.

Apakah kita pernah menganiayai binatang? Jika ya. Mohonlah ampun kepada ALLAH swt. Sesungguhnya segala yang hidup di muka bumi ini adalah makhluk ciptaanNya...

Apakah kita sentiasa mengingati ALLAH di mana jua kita berada? Jika belum, insaflah dan perbaikilah diri. Janganlah kita hanya mengingati ALLAH dalam keadaan duka semata tapi pabila ceria dilupa ...

Apakah cukup zikir dan selawat kita pada Allah dan RasulNya? jika belum, mulakan lah sekarang. Luangkan sedikit waktu untuk berzikir padaNya setiap kali selesai solat..

Allah telah berfirman dalam surah Al-Ahzab 33:41

Hai orang-orang yang beriman, berzdikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.

Sama-samalah kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada ALLAH swt. Moga-moga kisah tadi menjadi ikhtibar kepada kita semua..

Wallahu A'lam


| edit post

Perubahan Itu Perlu

Posted by Hafeez On 11:50 PM 0 comments
Hamparan rumput menghijau yang dikelilingi dengan laluan pejalan kaki menghiasi persekitaran tasik UTP membuatkan sesiapa sahaja yang meluangkan masa di situ berasa tenang dan selamat. Angin petang yang bertiup sepoi-sepoi (bahasa bak kata orang) membelai setiap wajah dan helaian-helaian rambut hamba-hamba ALLAH yang menikmati keindahan ciptaanNya di pagi dan petang.

Begitulah suasana UTP setelah 4 tahun berlalu. Banyak perubahan telah berlaku, daripada kawasan yang tandus dikelilingi tasik yang tiada guna namun kini sudah berubah menjadi sebuah taman rehat yang penuh kehijauan. Hamparan padang rumput hijau yang di kelilingi oleh laluan pejalan kaki serta laluan pejalan kaki yang bersambung dan terus mengelilingi tasik lebih kurang 1.5 km jaraknya. Di setiap penjuru kawasan tasik, terbina pondok kecil untuk pelajar-pelajar berehat sambil menikmati keindahan tasik.


Di setiap 50 meter ada stesen berhenti untuk para pelajar berhenti rehat untuk bersenam. Setiap stesen dilengkapi dengan satu jenis alat senaman . Setiap pagi dan petang, ada saja pelajar di sana. Walaupun kedudukannya agak jauh dari kolej kediaman, namun jarang taman itu lengang melainkan waktu cuti. Mungkin disebabkan ada daya tarikannya tersendiri. Begitulah indahnya perubahan yang berlaku dalam masa 5 tahun ini.

Di satu sudut kelihatan 2 orang sahabat sedang duduk di atas bangku yang diperbuat daripada batu marmar. Mereka berbual sambil menikmati keindahan tasik pada pagi itu.

"Cantik dah taman ni sekarang kan? macam-macam ada. Kalaulah dari dulu taman ni ada, pasti pasti seronokkan? " kata seorang sahabat teman sekuliah Amir.

"Ya, betul tu . Cuba kamu renungi kembali 4 tahun yang lepas sewaktu taman ini belum taman ni wujud. Yang ada hanya tasik dan hutan belukar di sekelilingya. Ramai yang tak berkunjung? " Balas Khairul sambil menunjuk kawasan yang dahulunya adalah hutan belukar.

"Mestilah tak ada orang. Orang tak pandang pun kawasan ni dulu... Ramainya pergi padang sebelah sana !"

Ali menunjuk ke arah sebuah padang lagi yang terletak di sebelah kiri jalan dari jalan utama kampus. Sebuah padang yang agak besar yang menempatkan padang bola, padang ragbi dan padang hoki dan dikelilingi oleh "track" untuk "jogging". Kawasan itu menjadi pilihan utama pelajar untuk berekreasi sebelum wujudnya taman ini.


"Betul tu !! dulu kawasan ni tidak berguna kepada pelajar-pelajar di sini. Namun, setelah mengalami perubahan demi perubahan dalam tempoh yang agak panjang yakni 3 tahun, kini ianya sudah bertukar dari kawasan belukar kepada kawasan istirehat pilihan pelajar"

" Apa yang kamu dapat perhatikan apabila padang ini wujud? " Khairul bertanya kembali pada Ali.

"Pelajar semakin ramai ke sini dan tak ramai yang pergi padang sebelah. Ramainya yang "jogging di sini "

" Sebab apa? kamu tahu? "

"Sebab padang ni pemandangannya lebih cantik, ada tasik, ada tempat rehat, ada tempat bersenam, tersusun rapi . Sebab itulah ianya Sangat sesuai untuk beriadah dan istirehat. Kalau pelajar tak mahu jogging, mereka boleh menikmati keindahan tasik atau beri makan ikan kat bawah jambatan tu" Ali membalas lagi.

Jarinya sekali lagi menunding ke arah jambatan yang membahagikan tasik yang dahulunya besar menjadi 2 tasik yang kecil. Di bawah jambatan itu terdapat beratus-ratus ikan lampam menanti makanan dari pelajar.


Khairul mengangguk membenarkan apa yang diperkatakan olehnya tadi dan cuba mengalih topik perbualan.

"Dahulunya tasik ini tidak memberikan manfaat kepada pelajar-pelajar disini. Tapi kini, banyak manfaat yang kita perolehi daripada perubahan yang berlaku inikan?"

"Betul" jawab Ali ringkas .

"Begitu juga kita wahai sahabatku. Kawasan ini adalah perumpaan yang terbaik untuk diri kita sebagai pelajar "

"Apa maksud kamu? "

"Kawasan tasik ini sudah berubah setelah 4 tahun, dan telah memberikan banyak manfaat kepada orang ramai. Jadi, kita juga harus membuat perubahan dari sekarang agar suatu hari nanti boleh memberi manfaat kepada diri, keluarga , masyarakat dan yang paling penting sekali agama kita Islam!! "


"Mahukah kamu diibaratkan seperti sebuah tasik yang dikelilingi hutan belukar sampai bila-bila malah tidak memberikan manfaat kepada orang lain ?? "

"Sudah tentu saya tak mahu !! " Amir memberi respon dengan penuh semangat. Khairul tersenyum melihat sinar yang membara dalam matanya. Mungkin soalan yang dia tanyakan tadi membuatkan Amir berfikir sejenak.

Kemudian, Khairul melanjutkan bicara lagi...

"Cuba kita renungi sama-sama apa yang telah kita lakukan pada diri kita dalam tempoh masa 4 tahun berada di sini?

"Apakah keimanan kita sudah semakin meningkat dari dulu?"

"Ataupun dari dulu sampai sekarang kita masih macam dulu? cukup solat 5 waktu dan puasa saja?"

"Apakah sudah meningkatnya bilangan hadith-hadith yang kita hafal?"

"Apakah kita sudah menyiapkan diri kita untuk berbakti kepada masyarakat selepas ini?"

"Apakah ilmu "Engineering" itu sahaja cukup untuk kita memberikan manfaat kepada masyarakat? " saya menambah lagi soalan untuk membuatkan beliau berfikir seketika.

"hurrm.... tak cukup.. Ilmu engineering hanya untuk bidang engineering. Tapi kalau untuk masyarakat, kita perlukan lebih dari itu!! "

"Ya, tepat sekali, sebab tu saya mahu kita sama-sama berfikir dan musahabah diri kita sepanjang 5 tahun berada disini. Apakah kita sudah berubah dari diri kita 5 tahun yang lalu."

"Kalau masih belum cukup. Kita harus memulakan perancangan dari sekarang agar kita menjadi seorang yang bermanfaat kepada semua orang dalam masa beberapa tahun dari sekarang!! "

" Taman ini tak akan wujud sekiranya arkitek tidak merancang 5 tahun yang lalu. Begitu juga diri kita, kalau kita tidak merancang dari sekarang, kita akan tetap macam ni sampai bila-bila !! Sampai bila-bila pun tak akan memberikan manfaat kepada masyarakat "

" Betul katamu itu. Saya rasa masih banyak kekurangan dalam diri ni. Kalau nak dibandingkan dengan sahabat-sabahat lain, saya tengok mereka sudah menjadi orang yang berbeza berbanding waktu foundation dulu. Dulu saya ada juga merancang, tapi tak jadi-jadi juga. Macam mana ni? Kalau boleh nak juga jadi macam sahabat-sahabat yang lain" Amir cuba mengimbas ketika zaman "foundation" nya dulu


"Begini.. kalau arkitek itu merancang saja dan tak serahkan kepada pemaju untuk melaksanakan kerja-kerja pembinaan, kamu rasa taman ini akan wujud?" Khairul mengajukan satu soalan yang meransang fikirannya untuk berfikir lebih jauh.

"Ya, betul juga tu, sekarang baru saya nampak perumpaannya, saya banyak merancang namun tidak banyak "action" yang diambil untuk berubah. Perancangan harus seiring dengan perlaksanaan"

"Belum cukup dengan itu!! " Khairul menambah lagi.

"Apa yang tak cukup? apa lagi yang harus ada?" Amir seolah-olah masih tidak mengerti apa yang Khairul maksudkan.

"Perancangan dari arkitek dan perlaksanaan oleh pemaju itu belum cukup. Tapi, pemaju itu haruslah melaksanakan projek itu secara berterusan sehingga taman ini siap. Tak boleh tangguh-tangguh. Kalau tangguh, pasti tak akan siap-siap sehingga sekarang. Jadi, kamu harus jadi seperti itu. Kamu harus ambil tindakan yang istiqamah. Jangan berhenti separuh jalan" Khairul menerangkan dengan lebih jelas dan nampaknya Amir sudah mula faham apa yang Kahirul maksudkan.

"Kesimpulannya, kita harus mula merancang dari sekarang apa yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki diri agar berberapa tahun dari sekarang, kita boleh menjadi antara individu yang berbeza dari sekarang dan memberikan manfaat kepada masyarakat!!"

"Dan perubahan itu bukan boleh dilaksanakan dalam berberapa hari, namun mengambil masa yang lama sepertimana taman ni disiapkan. Apa yang penting, kita haruslah beristiqamah. InsyaALLAH suatu hari nanti kita pasti berjaya" Khairul menambah lagi.

"Erm" Amir mengangguk dan senyum menandakan kini dia sudah faham apa yang dimaksudkan oleh Khairul tadi.

"Amir, mari kita sambung 'jogging' . Kemudian kita terus ke tempat letak kereta kita tadi dan pulang.. "

" Mari ... "

____________________________________________________________________







| edit post

Berusaha menjadi yang terbaik!!

Posted by Hafeez On 8:48 AM 0 comments

"Jika kamu menjadi seorang adik, jadilah adik yang terbaik, jika kamu menjadi seorang abang, jadilah abang yang terbaik, jika kamu menjadi seorang anak, jadilah anak yang terbaik, jika kamu menjadi seorang suami, jadilah suami yang terbaik, jika kamu menjadi pemimpin, jadilah pemimpin yang terbaik, dan jika kamu sedar kamu adalah hamba Allah, maka jadilah hamba ALLAH yang terbaik" kata-kata dari seorang Ustaz ketika di sekolah menengah dulu masih terngiang di ingatan. Kata ini benar-benar memberi kesan kepada diri yang ketika itu sedang mencari hala tuju menjadi sorang hamba Allah.

"Bagaimana kita harus jadi yang terbaik ustaz? apakah itu maknanya kita harus sempurna dalam semua segi? "

"Menjadi yang terbaik dan sempurna itu adalah perkara yang berbeza. Tidak ada orang yang dapat mencapai kesempurnaan melainkan Rasulullah saw. Tetapi, untuk menjadi yang terbaik itu sudah tentu kita boleh" Jawab ustaz dengan ringkas.

"Jadi,apa erti sebenar untuk menjadi yang terbaik ustaz? macam mana saya nak jadi yang terbaik sedangkan diri saya ni masih banyak kelemahan"

" Untuk menjadi yang terbaik, kita harus ikhlas dalam apa jua peranan kita. Kalau kita diberi amanah, pegang betul-betul, kalau kita seorang pelajar, belajar betul-betul, begitu juga bila kita bekerja nanti, kerja betul-betul dan penuh amanah. Orang yang ikhlas akan sentiasa berusaha melakukan sesuatu itu semampunya dengan penuh keazaman dan iltizam"


"Setiap orang memang dilahirkan dengan kelemahan. Allah lahirkan kita dengan kelemahan agar kita berusaha untuk memperbaiknya.Jadi, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Panduan sudah ada yakni Rasulullah saw. Bagindalah contoh yang paling terbaik untuk kamu. Jika kamu mahu jadi yang terbaik, maka contohilah Baginda dari segala segi.. " Ustaz memberikan penjelasan yang cukup panjang dan telah membuka saya pada ketika itu.

Penjelasan terperinci ustaz telah mengingatkan saya dengan firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفۡسًا إِلَّا وُسۡعَهَا
Allah tidak Membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.... [2:286]

Allah tidak membebani hambaNya namun apa yang perlu kita lakukan adalah berusaha semaksima mungkin untuk mencapai yang terbaik bagi diri kita.

Ramai yang menyalahgunakan ayat ini dengan memahami maksud ayat ini dari sudut yang lain contohnya...

" Aaah... penatlah.. aku rasa ini jer yang aku mampu buat... "

Ayat di atas menunjukkan kita tidak mahu berusaha ke arah maksimum tapi minimum. Nah.. inilah silapnya. Jadi, ikhlaskan hati kerana ALLAH swt dan jadilah yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan

Contoh yang terbaik adalah Rasulullah saw itu sendiri. Dari sudut akhlak, contoh seorang pemuda, pemimpin, malah sebagai seorang suami, dialah yang terbaik. Saya mengagumi baginda SAW.

Untuk mencontohi dan belajar dari Rasulullah saw...Selami sirah-sirah baginda dan sunnah Rasulullah saw...
| edit post

Dimana Martabat Al-Quran di sisi kita?

Posted by Hafeez On 1:02 PM 0 comments

"Adik, kenapa dalam mp3 ni penuh dengan lagu-lagu jer? takkan tak ada lansung Al-Quran? " seorang abang bertanya kepada adiknya yang tekun sekali mendengar lagu-lagu nasyeed yang baru dimuatkan dalam mp3 barunya. Kebetulan mp3 itu adalah hadiah dari abangnya sempenan hari lahir adiknya yang ke 16.

Tanpa fikir panjang, si adik menjawab " Lagu-lagu ni semuanya 'best' bang.. inikan semuanya lagu-lagu nasyeed, bukankah elok kita mendengar lagu-lagu nasyid?"

"yer betul tu . Tapi kalau yer pun, Al-Quran itu jangan ditinggalkan. Jangan diagung-agungkan sangat nasyeed tu sehingga ayat-ayat Allah diketepikan"

"Apa maksud abang??" adik kurang faham.

"Zaman sekarang, pelbagai bentuk hiburan muncul. Ada yang lebih islami dan ada yang tidak. Kita tahu yang lebih islami itu adalah lebih baik. Tapi,generasi sekarang masih tidak faham. Kalau setiap hari mendengar lagu-lagu nasyid . Bila adik nak dengar bacaan Al-Quran? maksud abang sekarang ni, adik seolah-olah kita lebih mengagung-agungkan lagu-lagu nasyid berbanding Al-Quran. Jadi, Dimana martabat Ayat-ayat Allah dalam hati adik sekarang?"

Si adik tunduk faham akan kata-kata abangnya. Si abang meneruskan ceritanya lagi..

" Adik kena faham, walau apapun hiburan yang muncul di luar sana, seharusnya kita tanam dalam hati agar Al-Quran sentiasa menjadi penghibur yang paling utama melebihi yang lain. Hampir semua lagu-lagu nasyid yang kita ulang setiap hari sudah dihafal dan kalau nyanyi tanpa mp3 pun boleh. betul tak?"

"ya betul tu" jawab adik ringkas..

"Tapi abang sedih sebab, adik-adik abang tidak mengulang ayat-ayat Al-quran dan menghafalnya seperti adik menghafal lagu-lagu nasyid. Kalau sehari adik mainkan 3-4 baris ayat, dalam setahun berapa ayat adik boleh hafal?? " abang bertanya sambil senyuman terpapar pada wajahnya menyejukkan hati adik yang diserbu rasa bersalah..

"dalam setahun mungkin adik boleh menghafal satu juzuk bang!! " jawab si adik lagi.

"Betul tu. bijak adik abang ni, jadi, itu lebih baik bukan??! gunakanlah mp3 yang abang bagi baik-baik, dan pastikan Al-Quran itu sentiasa dijadikan hiburan yang paling utama yer. Pastikan martabat Al-quran itu juga dijaga agar menjadi yang tertinggi dalam hati kita"

"Sebenarnya, kalau kita kaji benar-benar, banyak hadith-hadith yang menggalakkan kita untuk membaca dan memelihara martabat Al-Quran dalam diri kita dan boleh dijadikan motivasi untuk diri kita. antaranya:

Dari Abu Umamah ra, dia barkata " Saya mendengar Rasulullah saw bersabda; "Bacalah Al-Quran itu kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa'at bagi para pembacanya " (HR muslim)[1]

Dari An-Nawas Ibn Sam'an ra dia berkata: " Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: "akan didatangkan pada hari kiamat Al-Quran dan orang-orangnya yaitu orang yang mengamalkannya di dunia, ia akan didahului oleh surah al-Baqarah dan Al-Imran, keduanya akan berargumentasi untuk membela orang yang mengamalkannya." (HR Muslim)[2]

Dari Umar Ibn Al-Khatab ra, bahawa Nabi saw bersabda " Sesungguhnya dengan Al-Quran ini Allah mengangkat derajat beberapa kaum dan merendahkan (beberapa kaum) yang lain"(HR Muslim)[3]

"Cuba adik renungkan kembali hadith-hadith yang abang bagitau tadi, nampak tak betapa besarnya motivasi yang telah diberikan oleh Rasulullah saw untuk kita agar sentiasa mendampingi dan menjadikan Al-Quran itu nombor satu dalam hati kita, cuma, tidak ramai sahabat-sahabat kita yang berpeluang untuk mengetahui hadith ini, dan menghayati maknanya"
panjang sekali penjelasan seorang abang kepada adiknya itu...

sambung abangnya lagi,

"Jadi, peganglah hadith ini dan hayatilah maknanya ya.. mudah-mudahan dapat memberikan peransang untuk dirimu... "

"InsyaAllah bang.. terima kasih atas nasihat tadi.. lepas ni adik akan uploadkan mp3 Al-quran dalam mp3 ni.. " adik memandang tepat pada wajah abangnya sambil tersenyum. Terpampang sinar gembira kerana hari ini dapat mempelajari sesuatu dari abangnya..

"Lagi satu abang nak ingatkan, Rasulullah saw bersabda: " sesungguhnya orang yang di dalam hatinya tidak terdapat sedikitpun dari Al-Quran maka ia bagaikan rumah yang rosak" (HR. Tirmidzi) [4]" ..

"Benar ke bang?" adik terkejut mendengarnya...

"Iya, benar sekali, apa jadi kalau rumah itu rosak? adik fikir-fikirkan lah yer... Jadilah orang yang sentiasa berfikir dan mencari apa yang tersembunyi di sebalik sesuatu... kerana salah satu makanan otak adalah dengan berfikir "

_________________________________________________________________

[1] Hadith no 998, Kitab Riyadhus Sholihin , Jilid 2
[2] Hadith no 999, Kitab Riyadhus Sholihin , Jilid 2
[3] Hadith no 1003, Kitab Riyadhus Sholihin , Jilid 2
[4] Hadith no 1007, Kitab Riyadhus Sholihin , Jilid 2
| edit post

Musibah itu satu Nikmat.

Posted by Hafeez On 5:12 PM 0 comments

Apabila kita sihat, kita lupa apa itu kesakitan,

Apabila kita senang , kita mengabaikan apa itu kesusahan,

Apabila kita lapang, kita tidak memikirkan waktu kesempitan,

Inilah realiti kehidupan, apabila Allah kurniakan nikmat kepada kita, kita lalai dalam mengingati Allah. Apabila waktu susah, baru kita ingat pada ALLAH. Jarang sekali kita bersyukur padaNYA. Susahkah untuk kita mengucapkan ALHAMDULILLAH ke atas setiap nikmat yang diberikan olehNYA?

Apabila nikmat yang diberikan ditarik, ramai yang tidak menghayati hikmah disebalik kejadian tersebut. Kadang-kadang kita merungut, berputus asa, dan apa yang lebih menyedihkan lagi kita berperasangka buruk padaNya. Namun, bagi hambaNya yang beriman, segala dugaan yang datang adalah satu nikmat bagi mereka kerana dugaan yang diberikan adalah sebagai satu ujian keimanan. Jadi, adalah penting untuk kita sentiasa menghayati segala peristiwa dan kejadian yang berlaku disekeliling kita.

Bersabarlah dalam menghadapi dugaan yang Allah berikan dan sentiasalah berprasangka baik padaNya. Yakinlah bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Dari Abu Sa'id dan Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, beliau bersabda : " Seorang muslim tidak ditimpa oleh rasa letih, penyakit, gelisah, sedih, gangguan ataupun keresahan, hingga duri yang tercucuk padanya melainkan Allah menebus dengannya sebahagian dari kesalahan-kesalahannya"( HR Bukhari-Muslim)

Berdasarkan hadith ini, telah jelas bahawa Allah telah janjikan ganjaran bagi hamba-hambaNya yang sabar . Apabila kita mengalami sesuatu musibah, janganlah mengeluh atau sedih tapi, bertaqwalah pada Allah dan mohon kekuatan dariNya kerana inilah dugaan yang Allah berikan untuk menguji sejauh mana iman kita padaNya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong dari kalangan orang-orang yang sabar.


Wallahu A'lam

Anak-anak kecil memahami erti sayang

Posted by Hafeez On 2:02 PM 0 comments

Teringat kembali akan satu kisah yang telah diceritakan oleh sorang sahabat semalam. Kisah yang diceritakannya itu benar-benar memberi kesan kepada diri saya. Kisahnya itu telah membuatkan saya teringat akan adik-adik yang dicintai yang kini berada di Sarawak. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rindunya hati ini pada mereka dan semoga Allah melindungi mereka dalam rahmatNya.

Kisahnya berbunyi bergini :

satu pagi, seorang adik sibuk bersama kakaknya di dapur yang sedang menyiapkan sarapan pagi. Tidak lama kemudian, adik ini bertanya pada kakaknya.

"Kakak lama lagi kan cuti kat rumah kan? " tanya si kecil dengan manjanya

Lalu kakak pun menjawab " Tak lama lagi adik, sebulan jer lagi "

" ooo.. sebulan tu bila adik darjah 6 nanti yer? " tanya sorang anak kecil yang belum benar-benar memahami apakah makna sebulan itu.

Si kakak tersenyum melihat telatah adiknya yang manja itu. Lalu, si kakak pun terangkan erti sebenar sebulan itu padanya. Si adik mendengar dengan penuh khusyuk dan mengangguk-angguk tanda faham.

Tiba-tiba si adik bertanya lagi " Kakak.. kakak.. apa yang buat kakak gembira? "

"Kakak gembira bila adik akak ni jadi anak yang soleh. Dengar cakap mak... abah.... kakak dan abang" jawab kakaknya lagi.

Tiba-tiba, Adik terus merangkul leher kakaknya dan memeluknya seerat mungkin. Beliau seolah-olah ingin melepaskan rindunya pada kakaknya yang sudah lama berada di perantauan belajar . Kini sedang bercuti dan akan kembali ke perantauan dalam tempoh sebulan.

Kakak terkejut dengan perbuatan adiknya itu. Kakak yang menyangka adiknya bergurau pun ketawa melihat telatah adiknya ini. Kemudian, kakak cuba untuk melepaskan pelukan adiknya namun, semakin dia cuba, semakin erat adik memeluknya.

Si kakak membiarkan sahaja kelakuan adiknya. Agak lama juga adik memeluk kakaknya itu. Tidak lama kemudian, barulah adik melepaskan pelukannya. Kakak melihat air mata menyinari kelopak mata adik menandakan rindunya si adik pada kakaknya. Begitu sayangnya si adik pada kakaknya yang sorang ini.

Kemudian, kakak pun saja bertanya " Adik sayang kakak ke? "

" Mestilah adik sayang akak. Adik rindu sangat!! "

Kemudian dalam nada bergurau, kakak menjawab, " Betulke ni? akak tak percayalah.. Adik tak sayang akak kan? "

Si adik kecewa dengan jawapan yang diberikan akaknya, dengan pantas adik menjawab,
"takpelah kalau akak tak nak percaya! " Dengan pantas adik berlari ke biliknya sambil menangis.

Lalu, kakak terus mengejar adiknya kerana rasa bersalah. Kakak cuba memujuk kembali adiknya. Namun adik masih merajuk seolah-olah terasa dengan kata-kata kakaknya tadi.

Begitulah kisahnya seorang adik yang amat menyayangi kakaknya. Walaupun masih kecil, namun beliau sudah pandai menzahirkan perasaaannya pada orang yang disayanginya.

Moral dari kisah ini, janganlah main-main dengan perasaan anak-anak kecil, sesungguhnya hati mereka masih suci dan bersih. Segala apa yang mereka ucapkan adalah benar dan tulus dari hati yang bersih itu. Hargailah pemberian seorang insan bernama adik. Balaslah pemberian mereka dengan penuh kasih sayang.

Setelah mendengar kisah ini, hati saya tersentuh seketika. Terkenangkan adik-adik di rumah. Sebagai seorang yang mempunyai dua orang adik, saya sendiri kadang-kadang tidak dapat membaca dan tidak sedar bahawa adik-adik kita sebenarnya menyayangi kita. Dan ini menimbulkan pertanyaan dalam diri, cukupkah kasih yang saya berikan untuk adik-adik?

Sejak akhir-akhir ini, saya menyedari bahawa adik-adik memerlukan abangnya. Adik-adik semakin hari semakin besar dan perlukan bimbingan dan kasih dari abangnya. Abanglah tempat rujukan mereka. Jangan biarkan mereka jadikan orang lain sebagai rujukan yang memungkinkan mereka silap memilih jalan.

Memang benar kata orang, bila dekat, kita tidak menghargai, tapi bila berjauhan, baru kita merindui.

p/s : Kepada adik-adikku yang tercinta, sesungguhnya abangmu merindui kamu semua., Pesanan abang, jadilah anak-anak yang soleh dan solehah, jaga solat, dengar kata ibu dan ayah, jangan sakiti hati mereka dan jadilah insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat dan agama :)

Wallahu A'lam
| edit post

Malas Musuh Masa!!

Posted by Hafeez On 7:20 PM 0 comments
Teringat kembali peristiwa beberapa hari lepas, saya menegur status Yahoo Messenger seorang sahabat saya. Status beliau pada waktu itu menarik perhatian saya . Status beliau lebih kurang seperti ini :

"merancang perubahan"

"Apa yang mahu diubah ya akhi?" saya bertanya padanya.

"Ana perlu buang sifat malas dalam diri ni akhi. Ana perlu buang sifat ni demi untuk islam" jawab beliau.

"Susah sekali untuk buang sifat malas ini akhi" Katanya lagi.

Kata-kata beliau mengingatkan kembali pada diri saya beberapa tahun lepas di mana saya mengalami situasi yang sama.



Sifat malas memang susah untuk dibuang kerana sifat malas sememangnya tidak boleh dibuang. Malas pasti ada dalam diri semua orang . Oleh sebab malas tak boleh dibuang, maka alternatif lain adalah dengan mengawalnya. Salah satu saranan yang saya berikan kepadanya adalah agar beliau cuba untuk mengawal sifat malas itu.

Gemuk lawannya kurus, bodoh lawannya pandai dan gelap lawannya cerah. Jadi, untuk tidak gemuk, kita haruslah menguruskan badan. Untuk membuang sifat bodoh, kita haruslah belajar agar lebih pandai. Bila bilik itu gelap, kita terangkannya dengan lampu. Jadi, semuanya berlawanan. Maka, untuk mengawal sifat malas, amat perlu untuk kita berjihad agar jadi lebih rajin.

Kenapa saya memilih untuk menggunakan perkataan jihad? kerana melawan malas ibarat melawan nafsu kita. Dan melawan nafsu itu adalah satu jihad. Jihad memerlukan pergorbanan yang tinggi. Hanya dengan jihad InsyaAllah kita dapat mengawal sifat malas.

Jika kita merasa malas, cepat-cepatlah lawan kerana malas merupakan sifat negatif yang tidak digalakkan dalam islam. Kemunduran generasi islam akhir-akhir ini banyak berpunca daripada sifat malas. Kadang-kadang kita diuji dengan rasa malas yang keterlaluan dan kadang-kadang dengan sedikit. Inilah dugaan daripada Allah. Kita juga harus sedar bahawa sifat malas ini telah difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran dan ianya merupakan salah satu sifat orang munafiqin.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang) [An-nisa': 140]


Ibn Kathir menafsirkan ayat di atas : “Ini adalah sifat orang munafikin dalam amalan paling baik da paling mulia iaitu solat. Apabila mereka hendak solat, mereka solat dengan malas kerana mereka tiada niat, tidak beriman dengannya, tidak takut (khashyah) dan tidak memahami maksud solat”.

Jadi, jika kita rasa malas, cepat-cepatlah ingatkan diri dan lawanlah perasaan malas itu.

Persoalannya sekarang bagaimana caranya untuk melawan malas?

Berusaha! Berdoa dan Bertawakkal!! Inilah senjata orang mukmin.

Berusaha

Pertama sekali kita harus mengambil usaha untuk mengawal sifat malas. Harus dicari apa punca malas. Salah satu punca utama malas adalah kita tidak mahu keluar dari zon selesa. Zon selesa yakni zon yang kita rasa rilex dan tidak mahu dibebani dengan tugasan. Jadi, langkah pertama adalah cuba untuk keluar dari zon selesa ini. Keluar dari zon selesa ini perlahan-lahan.

Contohnya, dalam belajar, ada sesetengah orang hanya selesa belajar 10 minit saja. Jadi, keluar dari zon selesa ini dan peruntukkan lebih masa untuk belajar kepada 30 minit. Lakukan perkara yang sama untuk aktiviti lain. Setkan dalam minda. Kawal minda kita agar minda bekerja mengikut kehendak kita dan bukan membiarkan kita bekerja mengikut kehendak minda :)

Berdoa

Doa adalah senjata kepada Umat islam. Jadi, manfaatkanlah. Mintalah kepada Allah swt dan sentiasa meminta. Allah suka hambaNya yang sentiasa berdoa kepadaNya. Inilah caranya kita untuk dekat dengan Allah.

Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :

اللهم إني أعوذ بك من الهرم والحزن، والعجز والكسل، والبخل والجبن، وغلبة الدين، وقهر الرجال


Maksudnya : “Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]

Jika Rasulullah sallallahu alaihi wassalam sendiri meminta pada Allah. Inikan pula ummatnya. Jadi, seharusnya kita perlu mencontohi Sunnah Baginda.

Berwakkal

Seteelah itu, bertawakkallah ada Allah swt kerana segala sesuatu yang berlaku adalah dibawah kawalanNya. Tidak akan gugur sehelai daun dari pokok tanpa pengetahuanNya.


Yakinlah kepada Allah dan sesungguhnya keyakinan itu akan meningkatkan ketaqwaan kita padaNya. InsyaAllah jika kita sentiasa berusaha meningkatkan ketaqwaan kepadanya, secara tidak lansung kita dapat menguatkan hati kita untuk melawan nafsu Malas ini.


Berjihadlah melawanlah nafsu syaitan!!


Malas sebenarnya berpunca dari syaitan. Sungguh halus bisikan syaitan dalam melatih nafsu kita agar tunduk pada nafsu kita. Inilah yang membuatkan kita menjadi malas sama ada malas beribadat atau malas menunaikan tanggungjawab dan amanah yang dipikul.Tidakkah kita pernah mendengar hadis Nabi s.a.w. :

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هو نام ثلاث عقد يضرب مكان كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة فإن توضأ انحلت عقدة فإن صلى انحلت عقدة فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان

Maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Hadis ini menunjukkan perlunya kita mencegah malas dengan cara yang diajar oleh Nabi s.a.w. Sangat jelas malas itu puncanya datang dari syaitan. Sememangnya syaitan sentiasa mencuba untuk menipu daya dan menyebabkan manusia lalai dari perintah Allah Taala.

Semoga tulisan ini dapat menjadi sumber rujukan buat diri dan bermanfaat kepada sahabat lain. Bersama-samalah kita bermujahaddah untuk melawan kehendak nafsu kita agar tidak tewas dengan bisikan halus syaitan Laknatullah

Wallahu A'lam

Kenangan Bersama Anak-Anak Kecil

Posted by Hafeez On 11:15 PM 0 comments
Sayu hati mendengar alunan Al-Quran yang dibaca oleh imam masjid Al-Asri di Pogung Dalangan. Sungguh indah bacaannya. Sungguh teliti bacaannya. Saya mendengar dengan teliti setiap kalimah yang dibacanya.

Alunan merdu ayat-ayat Al-Quran yang dibaca membantu jemaah untuk khusyuk ketika solat. Kadang-kadang terdengar suara anak-anak kecil mengikut bacaan imam.

Bila dikenangkan kembali saat ketika di jokjakarta, saya tersenyum seorang diri. Bukan kerana lucu atau apa tetapi kerana saya mengenal apa itu islam di sana. Persoalannya, walaupun di Malaysia agama islam adalah agama rasmi, tetapi, islam di Malaysia masih belum nampak berbanding di Yokjakarta.

Kalau di Malaysia, kita akan lihat, apabila anak-anak kecil ikut ayahnya solat di masjid berjemaah, kebiasaannya ayah akan suruh duduk di belakang. Tak pun, bila si anak kecil ini solat sebaris dengan orang dewasa, akan ada di kalangan jemaah-jemaah bersuara

"Eh, korang ni belum sunat lagi, tak boleh solat di sini. Pergi solat kat sof belakang"

atau pun kadang-kadang kita dengar,

"Aiman, aiman solat di sini yer.. abah nak solat di depan. Aiman jangan main-main yer, aiman solat dengan kawan-kawan di sini"


Begitulah situasi yang kita dapat lihat di Malaysia. Anak-anak kecil dibiarkan solat di belakang tanpa bimbingan. Jadi, bila anak-anak ini bertemu dengan rakan-rakan, mulalah mereka bermain dan gagallah matlamat si ayah untuk mendidik anaknya.

Adakah ini yang islam ajarkan kepada kita? Tidak wahai sahabat-sahabatku.

Saya mempelajari benda ini di Indonesia. Di Masjid, kanak-kanak digalakkan satu sof dengan orang dewasa, bukan itu sahaja. Kanak-kanak solat di sof yang pertama. Mereka berebut-rebut untuk mendapatkan sof pertama. MasyaAllah.

Jadi, apa kepentingan bila anak-anak kecil ini dibiarkan solat bersama sof dewasa?

Sebenarnya, solat dalam islam, tidak pernah membezakan golongan tua, dewasa, ataupun anak-anak. Tidak ada dalil pun yang menghalang anak-anak ini untuk solat di sof orang dewasa. Malah, inilah tuntutan dalam islam sebenarnya. Mengalakkan anak-anak solat di sof orang dewasa adalah salah satu kaedah terpenting untuk mendidik anak-anak kecil tentang solat.
Ada satu hadith dari Ibnu Abbas r.a mengatakan " Aku bermalam di rumah bibiku yang bernama Maimunah. Nabi saw bangun dan mengerjakan shalat malam. Aku lalu berdiri di sebelah kirinya, maka beliau pun memegang kepalaku dan meletakkanku di sebelah kanannya " [1]
Lihatlah bagaimana Rasulullah saw mendidik Ibnu Abbas, pada ketika ini, Ibnu Abbas ra masih kecil sehingga Rasulullah saw boleh memegang kepalanya dan membawanya ke sebelah kanan. Dalil inilah antara dalil yang diguna pakai untuk menentukan kedudukan makmum apabila bersolat 2 orang.

Dalil ini juga menggalakkan seorang anak kecil solat di sebelah kita dan sekiranya anak kecil itu ingin lari, boleh menahan kepalanya agar kekal pada tempat dimana dia sedang solat.


Kalau di Indonesia dulu, anak-anak kecil yang bermain didalam sof akan dicubit atau dipulas telinga oleh jemaah dewasa ketika dalam solat. Terkejut saya bila melihat perkara ini pada mulanya, tapi, inilah yang kita mahu, pendidikan secara lansung. Inilah cara pendidikan yang terbaik dalam mendidik anak-anak kecil dalam solat.

Begitulah Islam, Islam tidak menyusahkan. Tetapi, budaya setempat menyebabkan Islam itu jadi pelik. Kenapa si anak-anak kecil selalu di lepaskan begitu sahaja di sof belakang. Tidakkah ini akan menggalakkan mereka untuk bermain dan mengganggu jemaah lain? alangkah bagusnya jika anak-anak kecil ini diletakkan di sebelah kita dan kita awasi pergerakannya. Ini baru dinamakan didikan yang betul.

Jadi, apa yang dapat saya pelajari dari peristiwa ini, didiklah adik-adik atau anak-anak kecil dengan betul seperti yang disyariatkan.

Wallahu A'lam


________________________________________________________________

[1]Bukhari dalam Ash Sholat (380), Muslim dalam Al Masajid dan Mawaadi' Ash Sholat (658)

Daurah

Posted by Hafeez On 3:39 PM 0 comments
Alhamdulillah hujung minggu lepas saya sempat menghadiri satu daurah "Kursus Intensive Usul Fiqh" di Kuala Lumpur. Kursus itu merupakan kursus yang julung kali diadakan pada tahun ini dan dihadiri lebih kurang 60 mahasiswa dan siswi dari seluruh IPT.


Sudah lama saya menanti kursus-kursus seperti ini dah akhirnya berpeluang juga menyertainya.walaupun berlatarbelakangkan pendidikan kejuruteraan Mekanikal,namun saya merasakan satu kepentingan untuk mempelajari Usul Fiqh ini. Mungkin akan digunakan suatu hari nanti.

Rasanya, setiap mahasiswa patut mempelajari asas-asas Usul Fiqh kerana ia membuka satu dimensi baru bagi kita sebagai mahasiswa untuk memahami kaedah-kaedah penghasilan hukum serta mengetahui bagaimana caranya ulama-ulama bersusah payah untuk mengeluarkan sesuatu hukum . Disamping itu, kita mempelajari bagaimana menghormati perbezaan pendapat (khilaf). Kedaifan asas inilah yang telah menyebabkan kadang-kadang timbulnya isu perdebatan akibat dari perbezaan hukum / pendapat yang merugikan usaha-usaha dakwah.

Ternyata setelah menghadiri asas kursus ini, saya dapat merasakan kepentingannya untuk perjalanan dakwah di Sarawak. InsyaAllah saya akan cuba mendalami ilmu Usul Fiqh ini sedikit demi sedikit. Tapi, sebelum itu, untuk mendalami usul Fiqh ini, setiap haruslah dulu menguasai bahasa Arab :).. buat masa ini, keutamaan harus diberikan kepada bahasa arab disamping mempelajari Usul Fiqh sedikit demi sedikit.

Selesai daurah, saya merasakan diri ini amat kerdil dalam bidang ilmu sebab masih banyak yang belum diketahui. Semakin banyak belajar, semakin banyak perkara yang tidak diketahui. Inilah motivasi kepada diri untuk terus belajar sepanjang hayat. Walaupun kerja-kerja dakwah itu penting, tapi, harus dilengkapi dengan ilmu. Kerja dakwah harus diiringi dengan ilmu. Kerana yang dapat mengubah sesuatu seseorang itu adalah dengan ilmu.

Semoga Allah memudahkan perjalanan dalam menuntut ilmu InsyaAllah.

Cabaran Mendidik Generasi Muda

Posted by Hafeez On 7:23 AM 0 comments

Melahirkan generasi muda Islam yang benar-benar berpegang kepada islam yang sebenar itu sendiri adalah satu cabaran yang berat namun harus dipikul. Sebagai seorang abang, cabaran dalam mendidik adik-adik untuk memastikan fikrah islamiah itu merupakan satu cabaran yang berat apabila kita dilahirkan dalam suasana fikrah islam itu tidak di laksanakan sepenuhnya.

Berdasarkan pemerhatian saya terutama sekali di negeri sendiri iaitu Sarawak, anak-anak muda semakin hari semakin jauh dari islam. Mungkin semakin ramai generasi sekarang tidak pandai membaca Al-Quran dengan lancar. Kadang-kadang, sukar nak mengenali si pulan ini muslim atau bangsa lain sebab perangai mereka lebih kurang serupa.

Kalau kita pergi ke bandar, anak-anak muda menghabiskan masa lepak bersama teman-teman. Pergaulan agak bebas , dengan pakaian yang tidak menggambarkan ciri-ciri seorang muslim. Budaya yang dipamerkan seolah-olah lebih kebaratan. Benarlah apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw.


Nabi bersabda, “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal sejengkal dan sehasta sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.” Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Riwayat Muslim)


Kalau dilihat dari skop yang lebih kecil yakni di kalangan ahli keluarga, saya dapat lihat, punca utama masalah ini adalah dari institusi kekeluargaan.

Kebanyakan keluarga Muslim kurang mengetengahkan unsur-unsur islam . Perkara ini kebanyakan berlaku kerana kedua ibu bapa juga tidak mempunyai fikrah islam yang mantap. Jadi, ini diikuti dan diajari kepada anak.anak.

Kalau di lihat dalam institusi keluarga, solat 5 waktu tidak ditekankan, tapi anak dibiar tanpa bimbingan. Bacaan Al-quran tidak menghiasi alunan di rumah tapi di ganti dengan nyanyian-nyanyian artis tempatan dan luar negara. Al-quran dan Sunnah tidak pernah diterapkan sejak anak kecil tapi anak-anak di dedahkan dengan agenda-agenda barat sejak kecil lagi melalui televisyen.

Apabila sejak kecil unsur-unsur islam kurang diterapkan dalam diri si generasi muda, maka, apabila mereka membesar, islam itu akan menjadi satu yang janggal bagi golongan ini. Jadi, mereka lebih memilih untuk lebih "free" . Islam tapi cukup hanya pada nama. Mereka tidak merasa indahnya dilahirkan sebagai seorang muslim.

Kenapa saya menukilkan perkara ini?

Kerana saya tertanya-tanya pada diri sendiri, apakah yang boleh saya lakukan untuk membuat perubahan dalam keluarga dan saudara-mara agar memahami apa itu Islam sebenarnya.Dan apa itu erti saya menganut islam @ sebagai sorang muslim.

Apa yang harus saya lakukan untuk menyelamatkan keluarga sendiri terutama sekali adik-adik yang dicintai?

Apa yang harus saya lakukan untuk menanamkan fikrah islamiah dalam diri mereka. hanya dengan menanam fikrah inilah insyaAllah dapat membantu mereka menjadi anak-anak yang soleh.

Apabila matinya anak adam itu terputuslah segala amalan2nye yg tinggal hanyalah 3 perkara : 1)anak yang soleh dan solehah 2)sedekah jariah dan 3)ilmu yang bermanfaat



Inilah satu cabaran yang perlu di hadapi. semoga Allah memudahkan segala Urusan. InsyaAllah. Teringat saya pada satu firman Allah.

“Sesiapa yang bertakwa kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH akan menyediakan baginya jalan keluar (dari kesusahan) dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka olehnya.” - (Surah al-Talaq: 2 - 3)
| edit post

Indahnya Nahwu Dan Sorof

Posted by Hafeez On 9:52 PM 1 comments
Kenapa saya katakan ilmu Nahwu dan Sorof itu indah??



Sebagai pelajar dalam bidang kejuruteraan, saya pernah mengikuti kelas atau lebih spesifik lagi dinamakan "basic to arabic communication". Dalam kelas itu, saya mempelajari asas-asas komunikasi harian dalam bahasa arab. Mula-mula dulu, niatnya memang nak mendalami bahasa arab dan kalau boleh dapat berbahasa arab. Tapi, disebabkan ilmu ini tidak diguna dalam bahasa harian, maka, semuanya hilang begitu saja.

Sayang sekali kerana apa yang telah dipelajari selama satu semester itu terkubur begitu saja. Lama kelamaan, lupa semuanya. Antara yang masih diingat hanyalah kiraan dalam bahasa arab dan pembahagian-pembahagian Fi'il. Mungkin pada ketika itu matlamat sebenar belajar bahasa arab itu masih belum jelas. Jadi, kurang kesungguhan untuk mempelajari dengan lebih mendalam.

Namun, beberapa bulan yang lepas, timbul keinginan untuk mempelajari kembali bahasa arab agar dapat memahami dan mendalami bahasa Al-quran. Setelah mendapatkan nasihat dari beberapa teman, katanya untuk mendalami bahasa arab ini, antara ilmu yang perlu dipelajari adalah ilmu nahwu dan sorof. Menurutnya lagi, ilmu nahwu dan sorof ini susah. Tak ramai orang kita yang mempelajari ilmu ini melainkan pelajar-pelajar yang khusus dalam bidang-bidang agama.

Kebetulan, di saat saya menginginkan untuk mempelajari bahasa arab , Allah telah membuka satu jalan untuk saya dan rakan-rakan dimana kami berpeluang mempelajarinya di Jokjakarta selama sebulan. Alhamdulillah setelah sebulan, kitab bahasa arab dasar (muyassar) telah berjaya dihabiskan. begitu juga dengan sebahagian dari sorofnya.

Apa yang menariknya ilmu nahwu dan sorof ni?? ilmu ini kita guna selalu!! nak tau dimana?? Di dalam Alquran dan hadith-hadith,

Apabila membaca Al-Quran dan hadith, saya mula mengaplikasikan sebahagian ilmu yang dipelajari dari muyassar. MasyaAllah, indah sekali bila kita dapat mengenal pasti sebahagian kata-kata dalam Al-quran dan hadith itu mengikut tatabahasa nahwu dan sorofnya. Untuk memahami makna pun semakin mudah jikalau nak dibandingkan dengan masa sebelum mempelajarinya. Itulah sedikit sebanyak kelebihan mempelajari nahwu dan sorof. Kepada yang tidak tahu apa itu nahwu dan sorof, berikut adalah definisi ringkasnya.

Apa itu ilmu Nahwu?

Ilmu nahwu itu sebenarnya suatu ilmu dimana kita mempelajari perubahan akhir harakat setiap kalimah dalam ayat. Kenapa kalimah ini berbaris fathah (atas), Kasrah (bawah) atau dhommah (hadapan)

Apa yang dimaksudkan dengan sorof?

manakala sorof pula adalah ilmu dimana kita mempelajari perubahan sesuatu kalimah dari satu bentuk ke bentuk yang lain untuk mendapatkan makna tertentu.

Bagi yang sudah mempelajari dan mengaplikasikan ilmu nahwu dan sorof ini, anda pasti dapat merasakan keindahan bahasa arab itu. Jadi, sangat rugi kalau usia kita di dunia ini tidak diperuntukkan sedikitpun untuk mempelajari bahasa syurga yang indah ini. Kita mampu menghabiskan berpuluh-puluh tahun untuk urusan dunia tapi tidak untuk urusan akhirat. Usahakanlah untuk seimbang antara kedua-duanya.

"Sesungguhnya Kami menjadikan Al Quran dalam bahasa Arab supaya kamu memahami(nya)" [43:3]

Kini, saya sudah jatuh cinta dengan bahasa Arab. Semoga Allah mempermudahkan perjalanan untuk mempelajarinya. Kepada sahabat-sahabat diluar sana, jika anda mempunyai niat untuk mempelajari / mendalami Al-quran, belajarlah bermula dengan nahwu dan sorof. Walaupun masa yang diambil bukan sekejap, tapi, dengan istiqamah, InsyaAllah suatu hari nanti anda@kita semua pasti boleh berbahasa arab dan memahami Al-Quran itu.

Teringat lagi saya kata-kata ustaz Abu Ali.

"Dulu, waktu saya mula-mula belajar, tiap kali pasti buka kamus . Sepatah demi sepatah. Tapi sekarang, kebanyakannya tak perlu buka kamu lagi"
Kata sorang lagi Ustaz saya,

"Dalam belajar bahasa arab ini, harus banyak bersabar dan jangan sekali rasa bosan. Mula-mula memang susah. Tapi apa bila sudah jumpa kuncinya, semuanya akan jadi mudah.InsyaAllah "
Imam syafi'i pernah berkata :

"Barang siapa yang mempelajari ilmu nahwu, maka ia akan dapat jalan ke semua bidang ilmu"
Itulah motivasi buat diri dan rakan-rakan yang ingin @ sedang mendalami ilmu nahwu. Jangan putus asa dan teruskan usaha. InsyaAllah akan ada hasilnya.



Wallahu A'lam

Yakin dulu Kemudian Tawakkal ?

Posted by Hafeez On 5:45 PM 0 comments
Yakin dan Tawakkal harus seiringan. Tak mungkin kita hanya bertawakkal sahaja tanpa yakin. Yakin harus di dahului dengan usaha. Tanpa usaha, tak mungkin kita boleh meyakinkan diri kita bahawa sesuatu pekerjaan itu boleh dilaksanakan.

Itulah kata-kata yang sering bermain di fikiran dikala hati tidak yakin akan kemampuan diri. Saya sering ingatkan kepada diri agar sentiasa berusaha, yakin dan tawakkal padaNya.



Bagaimana untuk memantapkan keyakinan diri apabila kita memerlukan motivasi untuk diri? Jawapannya mudah!! semuanya sudah terkandung dalam Al-Quran dan Hadith. Cuma harus belek-belek dan berfikir sedikit.

Sekadar peringatan untuk diri sendiri, Allah telah berfirman:

"Dan Dengan Yang demikian maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman berserah diri." [Ibrahim:11]


"Kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya" [Al-Imran: 159]


Ayat ini benar-benar memberikan "clue" untuk kita agar sentiasa berserah kepada Allah apabila sudah membuat sesuatu keputusan. Buatlah keputusan dengan yakin tanpa ragu-ragu dan bertawakkal padaNya.

Dalam kehidupan sebagai stiasa merangkumi dan mengambil kira kesannya kepada orang lain tapi haruslah teorang mahasiswa yang agak sibuk, ditambah dengan peranan sebagai seorang , anak, abang dan seorang muslim, banyak perkara yang perlu difikirkan dan diambil peduli. Segala keputusan yang dibuat haruslah tidak membebankan diri sendiri.

Kenapa pentingnya kita bertawakkal?

Bertawakkal dapat membantu seorang muslim untuk meningkatkan keimanan kepada Allah swt dimana segala ketentuan itu hanyalah dariNya.

Selain itu, tawakkallah dapat menguatkan semangat dalam diri seseorang. Dengan kata lainnya motivasi pada diri. Kita yakin bahawa Allah akan sentiasa menolong hambaNya. Ini telah disebutkan dalam satu hadith :

" Dari Umar r.a. dia berkata:"Saya mendengar Rasulullah sallahu a'laihi wassalam bersabda:"Seandainya kalian bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar takwakkal tentu Dia akan memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Dia memberi rezeki burung yang pergi di pagi hari dalam keadaan perut lapar dan pulang di petang hari dalam keadaan kenyang" (HR. Tirmidzi, Hadiths Hasan)


Wahai sahabat yang dicintai, Allah dan RasulNya telah menyampaikan satu panduan yang benar-benar penting untuk kita. Jadi, sama-samalah kita menghayati ayat-ayat dan hadith di atas agar dapat menjadi sebagai sumber motivasi kepada kita sepanjang masa.

wallahu A'lam

Hakikat Belajar Agama

Posted by Hafeez On 5:33 PM 0 comments


"Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurniaNya Dia masih menginginkan kebaikan dalam diri"

"Ustaz.Semakin banyak saya belajar agama, semakin banyak benda yang saya rasa saya tak tahu. Dan semakin banyak perkara yang ingin saya ketahui!!" Luahan hati seorang pelajar pada ustaznya

Lalu ustaz pun menjawab " Ya,memang begitu. Menuntut ilmu agama ni ibarat seperti seseorang yang sedang mendaki bukit. Apabila dia tidak mendaki, maka keluasan pandangannya hanya beberapa radius saja. Namun, semakin dia mendaki, semakin luas pandangannya dan semakin banyak benda yang dilihatnya.Begitu juga halnya dalam ilmu agama. Jadi, kamu tidak perlu risau,itulah hakikatnya. Teruskan belajar"

Begitulah senario sekiranya sesorang yang dahagakan ilmu agama. Semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak yang perkara yang dia tidak ketahui dan ingin ketahui.

Inilah semangat yang diperlukan dalam mempelajari ilmu agama. Jarang sekali dapat kita lihat golongan muda zaman sekarang menanam minat untuk belajar ilmu agama. Tahukah anda bahawa menuntut ilmu agama itu adalah wajib bagi setiap muslim??

Rasulullah Saw., bersabda:

"Menuntut ilmu itu diwajibkan bagi setiap muslim" (Riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi, Ibnu Abdil Barr, dan Ibnu Adi, dari Anas bin Malik)


Adapun yang belajar sememangnya menuntut dalam aliran agama. Berapa kerat sahaja yang belajar diluar bidang agama namun mengambil inisiatif belajar ilmu agama?? Adakah kita tergolong dalam golongan ini? Tepuklah dada tanyalah minda.

Sesungguhnya belajar ilmu agama itu indah sekali dan tidaklah susah seperti yang diperlekehkan sesetengah golongan. Namun, haruslah diingatkan bahawa tidak semua orang yang diberikan oleh Allah untuk belajar ilmu agama.

Oleh itu, sesiapa sahaja yang telah diberikan oleh Allah nikmat ini hendaklah bersyukur padaNya. Dalam firman Allah berbunyi :

يُؤتِي الْحِكْمَةَ مَن يَشَاء وَمَن يُؤْتَ الْحِكْمَةَ فَقَدْ أُوتِيَ خَيْرًا كَثِيرًا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ

“Hikmah itu akan diberikan kepada orang yang dikehendaki Allah. Barang siapa yang telah diberikan hikmah, sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak.” (Al-Baqarah: 269)


Dalam satu hadith Rasullullah sallallahu alayhi wasallam :

“Barang siapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka Allah akan memberikan pemahaman yang dalam terhadap agamanya”. (Bukhari-Muslim)


Jadi, sesiapa saja yang mempunyai keinginan untuk belajar agama, teruskanlah niat anda. Sesungguhnya Allah menginginkan kebaikan untuk anda. Carilah sahabat-sahabat yang baik-baik. Rajin-rajinlah pergi ke kuliah-kuliah agama untuk menambahkan ilmu dalam diri.

“Barang siapa keluar dalam rangka thalabul ilmu (mencari ilmu), maka dia berada di jalan Allah hingga kembali.” (H.R. Tirmidzi)


“Barang siapa menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. Muslim)

Inilah motivasi untuk anda. Allah telah memberikan ganjarannya untuk sesiapa sahaja yang berniat ikhlas dalam menuntut ilmu.

Kita mampu menghabiskan masa selama 14-16 tahun untuk belajar ilmu dunia. Tidakkah terlintas di hati kalian untuk menggunakan sedikit masa dari jumlah masa yang ada untuk belajar ilmu Agama??

Sebagai mahasiswa yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi, gunakanlah sebahagian nikmat kepandaian yang telah Allah kurniakan untuk mendalami ilmu agama.

Gantilah masa terluang yang sebelum ini digunakan untuk perkara yang sia-sia contohnya membaca komik, main komputer game, lepak dengan kawan-kawan, dating, atau perkara yang tidak berfaedah kepada lebih berfaedah pada diri yakni ilmu agama.

Untuk siapa ilmu ini?? Sudah tentu untuk diri anda, keluarga anda dan masyarakat sekitar. Hanya dengan ilmu ini dapat memberikan kejayaan kepada anda dunia dan akhirat.

Wallahu A'lam

Kata-Kata Hati

Posted by Hafeez On 2:51 PM 0 comments
Ingin Kutaburkan benih-benih iman dalam setiap hati yang ketandusan
____________________________________________________________________
Layari Bahtera Hidupmu Seiring Sunnah



____________________________________________________________________
Orang-orang yang berilmu agama adalah orang yang kucari di setiap tempat. Mereka adalah tujuan yang selalu kucari. Dan aku menemukan keshalihan hatiku di dalam bergaul dengan mereka
____________________________________________________________________
Bila Matahari memancarkan cahayanya, seluruh kehidupan dibumi mendapat manfaatnya. HidayahNya adalah lebih baik dari matahari yang menyinari seluruh bumi dan isinya. Barangsiapa yang mendapatkannya. Hendaklah dia benar-benar bersyukur
____________________________________________________________________

Wahai WANITA.. Wajahmu bukan untuk tontonan umum.. apatah lagi tontonan khusus.. peliharalah wajahmu hanya untuk suamimu.. itulah sebaik-baiknya untuk mu.. Wahai LELAKI... jagalah pandanganmu.. matamu bukan dicipta untuk menonton hiasan umum atau hiasan khusus.. tapi, peliharalah matamu hanya untuk isterimu. Itulah seb...aik-baiknya untukmu
____________________________________________________________________
Sekiranya dirimu merasa sudah melebihi orang lain, Lihatlah orang diatasmu, sesungguhnya itu dapat mengajarmu dari takabur, Sekiranya Kamu merasakan dirimu Kurang Dari Orang Lain , lihatlah orang yang dibawahmu, sesungguhnya itu dapat mengajarmu erti syukur.
____________________________________________________________________
Let your mind free to think.. thinking make you even smarter
____________________________________________________________________
Hiasilah hatimu dengan lingkaran cahaya Iman dan Penuhkan isinya dengan benih-benih CintaNYA
| edit post

Kenali Saya

Posted by Hafeez On 1:06 AM 0 comments
Wujudnya blog ini sebagai sinar baru dalam kehidupan yang selama ini mencari CINTA . Bukan cinta biasa, tapi CINTA LUAR BIASA. CINTA yang mendorong seorang insan untuk menjadi seorang MUSLIM yang LUAR BIASA. Memang benar , cinta itu ada dimana-mana. Tapi itu bukan CINTA LUAR BIASA malah ianya adalah cinta biasa. Bukan mudah untuk mencari CINTA LUAR BIASA. Hati yang sebelum ini sentiasa dahagakan cinta dan mencari-cari erti cinta sebenar, seringkali diuji dengan pelbagai halangan dan dugaan. Dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus-putus , Alhamdulillah sinar CINTA itu mula kelihatan :) .

Dalam pencarian ini, saya mengharapkan panduan dan bimbingan dari teman-teman dan yang paling penting sekali adalah petunjuk dariNya dan moga-moga segala pencarian ini dapat dikongsi dan memberikan sinar harapan kepada insan lain

Tetang DIRI
Pada suatu ketika dahulu iaitu, 14 Jun 1987 , lahirlah seorang bayi lelaki selepas asar dan sekali gus menambahkan lagi seorang umat Nabi Muhammad saw di muka bumi ini.

Lahirnya seorang insan kecil lagi comel tatkala itu :D kemudiannya diberi nama Nurhafeezan. Asalnya dari gabungan bahasa arab (النور)yang memberi maksud cahaya dan kata dasar (حفظ) yang bererti - menjaga, memelihara dan melindungi. Semoga nama yang diberi mencerminkan peribadi orangnya.

Kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dalam semester akhir. InsyaALLAH akan graduasi pada bulan Oktober ini.

Mendapat pendidikan pertama secara tidak formal dari seorang Ibu yang tercinta iaitu Hasnah Bt Rawi. Seorang ibu yang begitu mementingkan pendidikan peringkat awal :D . Sejak kecil lagi , pemikiran sudah diterapkan supaya "belajar rajin-rajin agar tak jadi tukang kutip sampah suatu hari nanti" Kata-kata tersebut masih terngiang-ngiang lagi di ingatan sehingga hari ini.

Kemudian menyambung pendidikan formal di Tadika Kem Majidee Johor Bahru. Namun tak sempat menghabiskan tadika tersebut :)

Dari Johor terbang ke Miri kemudian menyambung pembelajaran di peringkat sekolah rendah di SK Riam Batu 2 Miri dari darjah 1 sehingga darjah 6.

Setelah tamat sekolah rendah dan lulus dalam UPSR, pengajian peringkat menengah diteruskan pula di Kolej Tun Datu' Tuanku Haji Bujang, Miri .. ("Bersama kolejku yang tercinta"... lagu sekolah dulu sehingga kini... :D) sehingga tamat PMR.

Kemudian mengembara ke Kuching dan memasuki sekolah berasrama penuh iaitu Maktab Rendah Sains Mara Kuching sehingga tamat SPM. Alhamdulillah setelah tamat SPM, terus menerima tawaran memasuki Universiti Teknologi Petronas. Asalnya ingin melanjutkan pelajaran ke Jepun atas tawaran JPA, namun takdir telah menentukan untuk berada di UTP. Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Seorang anak tentera namun tidak meminati bidang ketenteraan :D. Tetapi meminati pelbagai bidang selain ketenteraan antaranya sains, teknologi, perniagaan, motivasi, kesihatan, "Phsycology" , Bahasa Arab, Al-Quran, Usul Fiqh, dan pelbagai lagi . Hobi masa lapang adalah membaca dan mencari sesuatu perkara yang baru.

Kini sedang berusaha dan terus berusaha menjadi seorang muslim yang luar biasa dengan kekuatan CINTA LUAR BIASA . Semoga segalanya dipermudahkan olehNya. :)


____________________________________________________________________


"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri." (Al-Ahqaff:15)

| edit post

    Text

    Hati Pudar Tanpa CintaNya